Sunday, July 28, 2013

Sabtu.

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan Kareem di hari ke-20. Sudah di fasa 3 kita di bulan mulia ini 'keselamatan dari api neraka'. Semoga Ramadhan kali ini membawa menuju ke arah yang lebih baik InshaAllah.

Sabtu lepas, saya ibu dan adik terpanggil untuk menjadi sukarelawan bagi Projek Iqra'. Program kali ini melibatkan rumah anak yatim Baitul Ehsan yang terletak di Taman Maluri. Kami menjadi keluarga angkat kepada anak-anak yatim untuk membawa mereka ke Tesco Ampang bagi menyediakan kelengkapan Aidilfitri seperti baju dan kasut.

Kami diberi adik Hakim (17Tahun) dan adik Erna (9Tahun). Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. dan kiranya Allah memberi ruang dan peluang yang terbaik. Syukur.










Semoga adik-adik di Rumah Baitul Ehsan dapat merasa nikmat Aidilfitri yang lebih gembira inshaAllah. dan kami semua sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adik. Sampai ketemu! InshaAllah. JazakaAllah.

Salam Sayang,
-Amirahbell

Monday, July 8, 2013

Ramadhan Kareem.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ya Akhi Wa Ukhti. Selamat menjalani ibadah Ramadhan 1434H. Semoga Allah memanjangkan umur kita agar kita dapat terus beribadah kepadaNya.

 "Jangan jadi hamba kepada Ramadhan, namun jadi hamba kepada Tuhan Ramadhan yakni Allah SWT" 

Saya mengingatkan diri saya juga kalian. Kita telah merasai bahang Ramadhan sejak dua bulan lalu iaitu ketika kita disuluhi dengan bulan Rejab dan Syaaban. Saya sendiri, secara jujur rasa was was nak korek hidung (maaf bahasa kurang sopan) hihi sebab rasa macam dah puasa sekarang ni, padahal masih belum tiba Ramadhan ketika itu. Nampak tak yang bahang Ramadhan kian terasa. 

Dan semalam Alhamdulillah dah umum pun Ramadhan bila. Syukur. Semoga Ramadhan kali ni menjadi platform kepada seluruh umat Islam untuk sentiasa memperbaiki diri seterusnya menjadi Ummah yang cemerlang dunia akhirat. Biiznillah. 

Sekian coretan.
Salam Sayang,
-Amirahbell