Friday, August 2, 2013

Ramadhan bersama sahabat.

Assalamualaikum.

4hari before Eid. Rasa sedih. Hmm. Setahun sekali je jumpa Ramadhan ni. Dan yang pasti aku tahu aku belum puas menyambut Ramadhan kali ini. Ibadah pun masih longgar.

Okay apa yang dikongsi ni. macam semua orang pun buat. Iftar dengan kawan-kawan hee. Just kali ini rasa seronok dapat gather dengan kawan-kawan just gathering saviours je tak dpt nak join sebab clash dengan iftar kawan-kawan sekolah rendah.

Here's go my Iftar schedule lol

1. Iftar with Syadia Nabilah (yaya) - First week of Ramadhan


2. Iftar with Babies! Aqsa dan Hajar. Plus celebrating hajar's advanced birthday hehe - 31st July


3. Iftar with childhood friends! They are with me since I was a little girl. and I knew that they will always be. These are those favourite people that I grown up with :D


Thank you Allah :)
JazakaAllah.
Salam Sayang,
-Amirahbell

Thursday, August 1, 2013

Jumaat Terakhir.

Assalamualaikum.

Adakah kita akan bertemu lagi hari Jumaat, di bulan Ramadhan?

Saat hati tahu yang imannya masih lemah,
Saat minda mengaku masih banyak yang kurang,
Saat tubuh tahu yang senaman fizikal belum cukup?

Ya Allah,
Andai ini Ramadhan yang terakhir buat ku, Kau jadikan hari-hari terakhir ini sebagai sesuatu yang indah . Jadikan ia sebuah mimpi yang bukan calang-calang mimpi. Aku pasti merindui Ramadhan. Satu bulan yang penuh dengan kemuliaan. Satu bulan yang Allah turunkan rahmat ke atasnya. Satu bulan yang cahaya Nur sentiasa berseri indah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu.

Kuatkan aku Ya Allah saat aku masih memerlukan petujukMu. Saat aku perlu kuat untuk terus beristiqamah di jalan Mu. Ya Rabb, pimpinlah aku saat aku masih tempang dalam berjalan menuju jalan Mu. Ya Allah, dorongilah aku ke jalan syurga. Izikan aku untuk terus mencari yang benar dan hakiki. Izinkan aku untuk berlawan menetang hawa nafsu ku dan segala anasir luar.

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu di langit dan di bumi. Biiznillah.

JazakaAllah.
Salam Sayang,
-Amirahbell