Friday, December 21, 2012

Persahabatan itu indah

Assalamualaikum :)

Diharap readers semua berada di dalam keadaan baikbaik sahaja . Semoga Allah merahmati hujung minggu kita. Solat jangan tinggal ye sayang-sayang semua!

Mungkin ada readers yang perasan before ni ada satu entry yangg dah tersalah post ke blog ini hal itu disebabkan kerana saya telah lupa logout blog saya lol -,- okay abaikan saya dah pun remove posting tersebut dari blog saya.


Hari ni terdetik untuk bercerita tentang persahabatan. Alhamdulillah sampai di usia 19 Tahun ini aku telah temui ramai kawan, ramai kawan yang bermacam ragamnya. Aku hanya insan biasa, hamba Allah yang lemah, banyak lagi khilafnya. tapi Alhamdulillah Allah telah mengurniakan aku kawan-kawan yang banyak bg support, yg sentiasa memberi contoh yang baik dan sentiasa membawa aku ke jalan yang lurus. Alhamdulillah.

Sampai ke hari ni, aku pasti aku bukanlah sahabat yang baik, tapi dengan IzinNya aku akan pastikan setiap hari aku berusaha menjadi kawan yang lebih baik dari hari ke hari. InshaaAllah. Pertemuan aku dengan Ain Khalidah, Syuhada Fatanah, Fadhilahtul Izzaty, Shazmiera Asyraf dan perkenalan semula dengan Syazleen Zainal dan Nurul Atieka membuat aku rasa sgt disayangi. setiap naik turun jatuh aku dorang ada dengan aku. mereka yang mengesat air mata tatkala air mata itu tumpah di lantai bumi. mereka melemparkan senyuman terindah setiap hari untuk aku. Perkenalan dengan Junaidah dan Syadia juga tak kurang hebatnya. mereka semua ni yang terbaik Allah kirimkan buat ku. Tak lupa buat roomate2 , kawan kelas, kawan berfutsal dan lain-lain lagi.

Allah terus mengirimkan orang orang terbaik dalam hidup aku Alhamdulillah. Allah temukan aku dengan Alia, Azleen, Ana, Jah, Anis(s), Bie dan perkenalan semula dengan Mutt buat aku rasa hidup aku indah dan setiap hari disinari dengan gelak tawa di UM. tak kurang hebatnya kurniaan Allah kepadaku, kawan-kawan kelas juga baik-baik belaka, Teha Kak Nisa Apin dan semualah.Setiap yang berlaku ada hikmahnya, andai hari dulu aku tidak jatuh , mungkin aku tidak berada di Matriks, aku tidak mengatur langkah ke UM. Allah tahu apa yang terbaik. Alhamdulillah.

Persahabatan ni, bagi aku benda yang indah. tapi ada juga persahabatan yang boleh membawa kepada arah yang kurang baik. tapi jika kita terus berdoa agar Allah terus menunjukkan kita ke jalan yang benar InshaaAllah pasti jalan itu baik baik sahaja. pastikan kita hargai segalanya yang ada depan mata kita. jangan kita khianati persahabatan ini. andai sahabat kita melakukan khilaf, janganlah kita menghebohkan salah silap mereka, sepatutnya kita membetulkan kesalahan dia itu. ini buat peringatan untuk diri ku jua.

kesilapan lepas banyak mengajar aku agar berusaha mencari yang terbaik. terima kasih Saviours dan kawan-kawan sekolah rendah ku SKUE , terima kasih juga atas persahabatan selama ini. pertemuan kita semua membawa seribu satu cerita. Ampun dan maaf buat semua sahabatku buat segala silap salah terlanjur kata terkasar bahasa. andai tiada lagi hari esok buatku, maka sedekahkan ku Al-Fatihah buatku wahai sahabat sekalian.


Salam Sayang buat Sahabat,
-Amirahbell