Thursday, January 17, 2013

Siapa mahu gagal?

Assalamualaikum :)


Angin sepoi sepoi bahasa je kat 9th ni. bunyi burung terbang riang di awanan. cengkerik sana sini kedengaran. Oh tiada org dah kat 9th ni rupanya. internet pun laju bagai. haha. Jadi. tadi dah habis dah paper geology. Alhamdulillah. selamat selamat. hmm. dan, esok ada paper geography. which is my last paper! yeay! Doakan saya ye semua. hmm. 

Tadi soalan yang keluar sebijik macam dalam past year kecuali dia tambah soalan pasal Wallers Line kat part Dr Is. hmm. even sama sejibon sebijik dua tiga bijik macam dalam past year. but still aku tak letak high hopes. sebab biasa part Dr Is ni susah hmm jadi, kita dah buat yang terbaik. Dan aku percaya Allah tahu apa yang terbaik. jadi mari bertawakal. doa banyak2. okay? ^^ 

Hmm. eish tajuk entry hari ni, macam -,- tak beri semangat lansung kan? haha betul lah tu. bila baca tajuk pun rasa macam mcaposckwqpfk tanak aaa sambung baca! haha. tu lah. jangan silap. sebenarnya bukan nak bawak aura negatif tapi cuma hmm ni kalau ikutkan,memang takde siapa nak gagal kan? tiada siapa nak gagal untuk apa pun lah even orang mencuri pun akan pastikan diri dia berjaya untuk curi satu barang tu. err betul tak pencuri? haha . jgn silap. bukan pencuri yang curi barang kat rumah tu, haa pencuri hati ke? ehem! haha

jadi kat sini, aku pun takde nak share apa sgt. aku cuma insan biasa insan yang penuh dengan salah silap. tapi sentiasa berusaha mencari yang baik. 

"Tiada insan suci tanpa masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tiada masa depan"

eceh macam quote cerita setia hujung nyawa je :P haha. hmm, well. aku penah rasa naik turun bangun jatuh tersungkur. eleh semua org pun penah kan? jadi, nak dijadikan cerita. aku banyak kali gagal dalam cerita lovey dovey ni lah. couple clash couple clash dannnnnn seterusnya. sampai satu tahap aku rasa bosan. rasa macam "takde ke cinta yang tulus dan benar untuk aku?" jadi, untuk ambil positive nya, belum tiba masa dan seru. yang pasti Allah dah tetapkan jodoh untuk kita. dan yang aku tunggu dia yang halal yang akan bawa aku menuju ke syurga Firdaus itu. 

okay kita lupakan sejenak cerita cinta yang hmm nantilah fikir. okay cerita pasal naik bangun tersungkur tergolek tadi, aku dulu masa SPM aku cuma dapat 5A je. CUMA? hmm macam tak bersyukur bunyi tu. Alhamdulillah sebab masih dapat A, tapi time amek result tu aku nampak mak aku nanges. eish masa tu rasa berdosa gilaaaaaaa. rasa macam aku ni anak derhaka nya lah. nampak muka kecewa parents aku. yelah Alhamdulillah UPSR PMR dpt straight As tapi SPM? 

Ayah dengan ibu tak pernah paksa belajar ke apa. cuma dorang selalu pesan "Kak, belajar tau." itu kata kata simple tapi penuh makna. hmm. lepas tu, aku masih diberi peluang untuk masuk matriks. masa dekat matriks. baru aku realize yang selama ni aku banyak buang masa kejar benda yang sepatutnya tak perlu aku fikirkan lagi.

aku belajar hari hari dekat matriks, memang for the sake aku tanak dah tgk mak aku nanges bila tgk result aku. aku pulun gila gila. aku takut. aku takut untuk kecewakan mak dengan ayah aku lagi. aku tak sanggup dah. biarlah aku tak tidur janji aku dpt A. aku syukur sgt even aku tak 4Flat tapiiii masih result yang dapat buat ibu dan ayah aku senang duduk :)

dan skrg aku belajar dekat UM. hmm. BSc Geography. risau bila musim exam. cuak sgt. aku takut kalau nanti result yang aku dpt tak menggembirakan hati mak dan ayah aku. tapi aku tahu mereka sentiasa berada di belakang depan kanan dan kiri aku untuk pimpin dan sokong aku susah bangun senang aku dorang ada dengan aku sebab mereka sentiasa menggiringi aku dengan doa mereka. 

Aku dah berusaha, kini masa untuk bertawakal.
doakan saya rakan rakan. maaf post mungkin kurang menarik.

Saya cuma menulis apa yg berada di hati.
Salam sayang,
-Amirahbell