Thursday, August 1, 2013

Jumaat Terakhir.

Assalamualaikum.

Adakah kita akan bertemu lagi hari Jumaat, di bulan Ramadhan?

Saat hati tahu yang imannya masih lemah,
Saat minda mengaku masih banyak yang kurang,
Saat tubuh tahu yang senaman fizikal belum cukup?

Ya Allah,
Andai ini Ramadhan yang terakhir buat ku, Kau jadikan hari-hari terakhir ini sebagai sesuatu yang indah . Jadikan ia sebuah mimpi yang bukan calang-calang mimpi. Aku pasti merindui Ramadhan. Satu bulan yang penuh dengan kemuliaan. Satu bulan yang Allah turunkan rahmat ke atasnya. Satu bulan yang cahaya Nur sentiasa berseri indah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu.

Kuatkan aku Ya Allah saat aku masih memerlukan petujukMu. Saat aku perlu kuat untuk terus beristiqamah di jalan Mu. Ya Rabb, pimpinlah aku saat aku masih tempang dalam berjalan menuju jalan Mu. Ya Allah, dorongilah aku ke jalan syurga. Izikan aku untuk terus mencari yang benar dan hakiki. Izinkan aku untuk berlawan menetang hawa nafsu ku dan segala anasir luar.

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu di langit dan di bumi. Biiznillah.

JazakaAllah.
Salam Sayang,
-Amirahbell