Sunday, December 9, 2012

Hello Monday!

Assalamualaikum :)


Cerita yang agak segan di mana ........ sebenarnya terlupa tau yang ada letak link blog kat twitter. lol XD hahaha kantoi cerita hidup dengan classmates kat UM. segan weh :P ok takde apa sgt pun.

Rasa seronok dapat update blog sebenarnya banyak benda nak dicerita. sebenarnya. even dah dua tahun lepas cerita kami tu, masih ada lah sikit sikit sentimental things yang masih ada dalam benak hati ni, even dah setahun lebih putus, masih masih dan masih ada benda yang still tak boleh lupa. haha lawaknya bell! tah pape kan. dah dah sikit je pun yang kita ingt. semua orang dah ada hidup masing-masing. ayuh teruskan hidup!

Ohoi lama dah tak contact kawan baik saya yang jauh di perantauan tu. and happy 1 year and 6 months of friendship Mr.Magnum XD kawan susah senang nanges gelak kawan yang selalu membeli makanan untuk aku. membelanja duit ke arah menggemukan aku -,- haha perasaan semakin luput. cuma rasa kasih sayang kerana sahabat itu masih ada. terima kasih kerana sentiasa berada di samping aku.

Bila cerita soal perasaan ni, semuanya complicated. betul aku cakap. semakin hari semakin sukar mencari yang terbaik. yang paling penting tgk agama dia. kan? jodoh ni macam rezeki. doa usaha ikhtiar dan tawakal kan? Allah menjadikan semuanya berpasang-pasangan dan pasangan itu adalah saling melengkapi kekurangan masing-masing. aku percaya Allah memberi yang terbaik untuk setiap hambaNya dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Pertemuan dan perkenalan yang singkat atau lama itu memberi seribu satu memori samada ia baik atau buruk, ia pasti memberi kesan kepada kehidupan pada hari-hari seterusnya. aku percaya Allah mendengar doa dan munajat setiap hambaNya dan cepat atau lambat Dia tunaikan semua itu terletak di tanganNya.

Ayuh semua sahabatku jangan pernah berhenti mencari yang terbaik. jangan pernah berhenti berdoa. semoga satu hari nanti kita bertemu jalan hidup yang terbaik.

Salam sayang hari Isnin,
-Amirahbell