Monday, December 10, 2012

Semoga menjadi Selasa yang menarik?

Assalamualaikum :)
Hi readers! Semoga semuanya baik-baik sahaja. Eceh ok gambar kat atas tu sama je macam dalam insta dengan twitcon XD lol. Semalam, sesi meluahkan perasaan ada je. haha. dengan ada lah sorang ni menangis, pastu dengan adalah lagi sorang ni cerita ketidakpuashatian. kadangkadang when think twice. kenapalah orang sekeliling kita semua ni, tak bersikap toleransi sesama manusia? kenapa mesti nak meninggi suara setiap kali bercakap? kenapa mesti nak bercakap tentang perkara yang dah tentu2 ayat2 tu memakan jiwa dan raga orang lain? kalau dpt kawan yang tak kesa sgt takpe. ni kalau kawan tu jenis sensetif? di sini, aku tak cerita pasal cerita aku. cuma ini satu kesimpulan atau summarization dari kisah-kisah yang aku lihat dgn kaca mata penglihatan sendiri, dan kisah-kisah yang didengari menggunakan dua pasang telinga ini.

Permasalahan? semua orang hari hari faced masalah. masalah nak bgn , masalah nak mandi, masalah malas makan. tu semua masalah kan. cuma masalah kadang kala menjadikan seseorang itu lebih matang dari apa yang dia ada sekarang. tapi kadang kala masalah menjadikan seseorang itu juga berada di luar kawalan dan batasan juga. kini, sesi menceritakan sedikit kisah lampau.


Dulu, pernah satu masa eh bukan satu masa, sebenarnya banyak kali je masalah datang bagai air hujan yang lebat. air mata pun sentiasa berasa deras membasahi pipi. tapi aku percaya dengan keagungan Allah. Allah tahu apa yang terbaik. Dia duga hambaNya sebab Dia sayangkan hambaNya itu. Dugaan yang Dia beri,mematangkan hari hari mendatang, memberi satu impak besar, menjadikan siapa aku skrg. aku bukan siapa siapa cuma aku seorang insan yang telah bangkit dari kesedihan semalam dan berusaha untuk tidak hadir dalam masalah lalu. aku tak sempurna mana. dan susah untuk mencari kesempurnaan tu. manusia ni ada baik ada buruknya. jika kita lihat ada buruk dalam rakan kita tu, tegur cara baik bukan dengan cara memberi contoh2 yang lagi menyakitkan hati dengan ayat yang lagi membakar perasaan.

Pesanan di hari Selasa, mari kita mengerjakan solat sunah Dhuha :) jadikan ia satu amalan. Semoga hati menjadi lebih tenang dan mendapat rezeki yang melimpah ruah dari hari semalam InshaaAllah.




Berkongsi ilmu itu perlu, 
Salam Sayang,
-Amirahbell